Profil Adil


INFO
Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil terletak dia pekan Tapah,Perak.Sekolah ini dibarisi 82 orang guru yang terdiri daripada 32 orang guru lelaki dan 50 orang guru perempuan. Pentadbiran SMKBA juga dibantu oleh 5 orang staf lelaki dan 8 orang staf perempuan.Sekolah ini diceriakan lagi dengan 719 orang pelajar dimana terdapat 313 orang pelajar lelaki dan 406 orang pelajar perempuan.


LENCANA SEKOLAH











Definisi Objek
  • Bunga Padi : Melambangkan semangat kerjasama masyarakat sekolah yang terdiri daripada pelbagai rasam dan keturunan
  • Obor : Ilmu penyuluh hidup.
Definisi Warna
  • Hijau : Melambangkan masyarakat sekolah yang harmoni,dinamik dan progresif.
  • Merah : Memiliki keberanian untuk meningkatkan prestasi dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum tanpa mengenal erti kegagalan.
  • Kuning : Kesetiaan kepada sekolah dan mematuhi arahan guru dan peraturan sekolah.

LAGU SEKOLAH
Berdiri teguh berpadu,
junjung ilmu bergerak maju,
pelajaran dan sukan dituju,
budi bahasa pemandu.

Hiduplah terus berjasa,
berkorban sepanjang masa,
penuntut guru ibu dan bapa,

berjanji taat setia.
Panduan cogan ini,
berdikari berbakti,
ingatlah cogan ini,
berdikari berbakti

MISI

  • Melaksanakan proses P&P yang berkualiti,berfokus dan terarah.
  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondunsif untuk proses P&P.
  • Melatih sahsiah murid melalui aktiviti pembinaan modal insan dalam bidang disiplin sahsiah dan kepimpinan.
  • Menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum,sukan dan permainan yang terancang dan membanggakan sekolah..
  • Melaksanakan kerja,usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh,ikhlas,sabar,cekap,telus dan memenuhi kehendak pelanggan.

VISI

Mencipta kegemilangan dalam bidang sahsiah. Kurikulum dan imej sekolah melalui amalan budaya kualiti dalam proses pengajaran  pembelajaran secara beterusan

SLOGAN

"Be The Best,Be The Top"

MOTO

"Berdikari Berbakti"




 

2 comments: